搜索此博客

2018年1月18日星期四

砂拉越文学奖成绩揭晓

国家语文出版局砂拉越分局主办砂拉越文学奖成绩揭晓,华文作家奖由砂华作家王振平获得。






Anugerah Sastera Negeri Sarawak (ASNS) 2017 akan berlangsung pada 24 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka hadir menyempurnakan majlis tersebut.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Annuar Rapaee berkata, anugerah yang di adakan dua tahun sekali itu merupakan kali kesembilan diadakan.

"Pada kali ini Urus Setia ASNS Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak menetapkan sembilan kategori dipertandingkan.

"Sebanyak 34 pencalonan diterima daripada pelbagai latar belakang peserta," katanya pada sidang media di DBP Sarawak hari ini.

Sembilan kategori yang dipertandingkan merangkumi Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak (empat pencalonan), Anugerah Khas Bahasa dan Sastera (tiga pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Genre Novel (enam pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Genre Cerpen (lima pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Genre Puisi (enam pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Genre Esei Kritikan (dua pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Iban (tiga pencalonan), Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Melayu Sarawak (dua pencalonan) dan empat pencalonan bagi Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Cina.

"Walau bagaimanapun, satu pencalonan bagi Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Cina ditolak oleh kerana maklumat pencalonan dan keperluan penilaian tidak memenuhi syarat," ujarnya.

Beliau turut mengumukan pemenang bagi kategori Anugerah Khas Bahasa dan Sastera yang menjadi milik Hamzah Hamdani, Idris Boi (Anugerah Penulis Sarawak Genre Novel), Mohd Ali Salim (Anugerah Penulis Sarawak Genre Cerpen), Pharo Abdul Hakim (Anugerah Penulis Sarawak Genre Puisi), Harry Usup Umbar (Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Iban) dan Wong Ching Ping (Anugerah Penulis Sarawak Ketegori Bahasa Cina)。

没有评论: